Isnin, 15 Mac 2021

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SEGAYA 2021




Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) 

SK KETENGAH JAYA II 


Latar Belakang KPJ 

Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia.


 Matlamat Penubuhan KPJ

 Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka. 

Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar sekolah.

 Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman. 


Moto KPJ

Mencegah lebih baik daripada Memerangi” 


Objektif KPJ 

Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah. 

Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid. 

Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi jenayah. 

Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian.

 Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani jenayah demi agama, bangsa dan negara. 


Ikrar KPJ

Lagu KPJ





Peranan Ahli KPJ

Peranan Ahli KPJ adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengambil kira lima domain pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia: 

Pembudayaan Adab Murid 

Peningkatan Disiplin Murid 

Perpaduan Murid 

Patriotisme

 Jati diri 


Jawatankuasa KPJ

Pelaksanaan KPJ di semua sekolah ditentukan dan dipantau oleh: 

1. Jawatankuasa Bertindak melalui pendekatan masyarakat yang dibentuk oleh Jawatankuasa Petugas Khas Menangani Gejala Salah Laku Murid peringkat KPM. 

2. Jawatankuasa Disiplin Murid Jabatan Pelajaran Negeri 

3. Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah/Zon (pengetua/guru besar yang dilantik oleh KPPM) 

4. Jawatankuasa KPJ peringkat sekolah Jawatankuasa KPJ Peringkat Sekolah Rendah/Menengah 







Aktiviti Kelab Pencegahan Jenayah 

Sudut KPJ SEGAYA

(masih dalam penambahbaikan)


POSTER KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN PPDA SEGAYA
(sumber: Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Johor Bahru Utara)
























PPDA
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH SEGAYA 2021

Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ)  SK KETENGAH JAYA II  Latar Belakang KPJ  Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekol...